Saturday 12 November 2016

Tempat Penginapan Di Perak

Tempat penginapan di Perak

Teluk Batik Resort 3 bintang

Persiaran Teluk Batik, 32200 Lumut, Malaysia 

Kemudahan paling popular

Bilik keluarga
WiFi percuma
Parking percuma
Dikelilingi oleh kehijauan yang subur, Teluk Batik Resort terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari Pantai Teluk Batik. Ia menyediakan tempat letak kereta percuma dan menawarkan akses Wifi percuma di kawasan awam.
Bilik-bilik yang berhawa dingin menawarkan balkoni peribadi dan dilengkapi dengan cerek elektrik dan peti sejuk. Bilik-bilik ini dilengkapi dengan bilik mandi bersambung yang menawarkan kemudahan pancuran mandian air panas dan sejuk.
Di Teluk Batik Resort, tetamu boleh berseronok berenang di kolam renang luaran atau bersenam di pusat kecergasan. Simpanan bagasi disediakan. Lif disediakan untuk kemudahan para tetamu.
Makanan yang lazat boleh dinikmati di Restoran Dayang, yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa serta hidangan makanan laut.
Teluk Batik Resort berjarak hanya 10 minit perjalanan dengan bot untuk ke Pulau Pangkor yang terkenal dan Memorial Pangkalan Tentera Laut. Lapangan Terbang Antarabangsa Ipoh berjarak kira-kira 90 minit pemanduan dari resort ini.
Kami bertutur bahasa anda!
Teluk Batik Resort telah menerima tetamu Booking.com sejak 1 Nov 2013.
Bilik di Hotel: 40 

Bukit Merah Laketown Resort 4 bintang

Jalan Bukit Merah Semanggol , 34400 Simpang Ampat Semanggol, Malaysia  
Bukit Merah Laketown Resort adalah di dalam kompleks eko-pelancongan yang mempunyai taman air, taman eko dan kemudahan pemulihan orang utan. Resort ini menyediakan tempat letak kenderaan percuma dan Wi-Fi di tempat awam.
Bilik-bilik yang berhawa dingin di Bukit Merah Lake Resort adalah dilengkapi dengan TV bersatelit, peti sejuk dan pembuat teh/kopi. Kemudahan pancuran mandian terletak di bilik mandi en suite.
Berinteraksilah dengan haiwan di Ecopark atau nikmati hari yang menggembirakan di Laketown Waterpark, yang memiliki kolam renang berombak dan gelongsor air. Pilihan rekreasi yang lain termasuk urutan di spa atau bersenam di gimnasium.
Ripples Hawkers Centre menyediakan beberapa pilihan tempat makan. Hidangan tempatan dan antarabangsa dihidangkan di Café Le Lac, dengan pemandangan tasik seluas 7,000 ekar.
Bukit Merah Laketown Resort terletak 10 minit memandu dari Taman Seri Semanggol dan 30 minit memandu dari Taiping. Ia adalah 45 minit memandu dari Bukit Mertajam dan 1-jam memandu dari Bandar Ipoh.
Penginapan ini juga dinilai baik di Simpang Ampat Semanggol! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini. 


Pangkor Sandy Beach Resort 3 bintang

Lot 30, 32300 Pasir Bogak, 32300 Pangkor, Malaysia

Kemudahan paling popular

Kolam renang luaran
WiFi percuma
Penyaman udara
Restoran
Bilik bebas rokok
Pangkor Sandy Beach Resort terletak di Pasir Bogak, Perak. Resort ini mempunyai tempat letak kenderaan percuma, kolam renang luaran dan bilik-bilik dengan TV skrin rata. Wifi percuma disediakan di pusat perniagaan.
Bilik-bilik yang berhawa dingin di resort ini dilimpahi dengan cahaya semulajadi. Setiap bilik mempunyai ruang tempat duduk dan bilik mandi dengan kemudahan pancuran mandian air panas.
Sandy Pangkor Beach Resort menyediakan sukan air dan kemudahan barbeku di tempat. Para tetamu juga boleh mengatur lawatan memancing, snorkeling dan menyelam.
Masakan barat dan tempatan disajikan di Restoran Sandy Spoon. Pilihan untuk menjamu selera yang lain termasuk makan malam di bawah sinaran cahaya lilin dan makan malam di pantai.
Beach Resort Sandy Pangkor berjarak 30 minit perjalanan dengan feri dari Lumut dan 35 minit penerbangan dari Kuala Lumpur.
Penginapan ini juga dinilai baik di Pangkor! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.


Pangkor Homestay Apartment - 3 Rooms

Posted by Uncle Ho on 21-Apr 2014
11522 views
Icon for rent
20140420 140616 view
20140419 191920 tiny thumb20140419 193153 tiny thumb20140420 140616 tiny thumb20140420 101926 tiny thumb

Description

For booking please contact Uncle Ho.
Facilities:
- 3 bedrooms
- 2 bathrooms
- 1 living room
- Air cond
- TV
- Fridge
- Kitchen (cooking not allowed)
Condo facilities:
- Swimming pool
Located nearby:
- 3 minutes walking distance to Pasir Bogak Beach
- 7 km from Pangkor Island's jetty
- Located near to water sports area
- 1 minute walking distance to pangkor seafood restaurants, shops and convenience store
- Pick up and drop off taxi service station


Aktiviti-aktiviti Menarik di Perak

Aktiviti-aktiviti menarik di Perak

 Sungai Kampar

Untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak, Sungai Kampar di Perak ini mungkin sudah tidak asing lagi.
sgkampar1
Dengan air yang deras dan jeram yang banyak, sungai ini menjadi tumpuan mereka yang suka berakit sejak tahun 2003.
Jika anda pun sukakan aktiviti sebegitu, anda boleh berakit di jeram (white water rafting) — melalui sungai Kampar yang airnya kadangkala tenang dan ada kalanya cukup mencabar hingga anda mungkin tercampak keluar dari rakit.
Di dalam aktiviti sejauh 7km ini (atau 9 km bergantung kepada dalamnya air), anda akan mengendalikan rakit getah menelusuri 14 jeram. Anda juga akan melalui kawasan yang pernah menjadi tempat melombong bijih, bekas empangan dan kawasan yang menjadi tempat tumpuan rama-rama Raja Brooke.

Prosedur

Taklimat akan diadakan sebelum aktiviti dibuat. Anda akan diajar teknik-teknik penting, jenis arahan dan maklumat keselamatan yang perlu dipatuhi semasa aktiviti.

Cara Menyertai

Terdapat banyak syarikat aksi lasak yang menawarkan pakej berakit di jeram Sungai Kampar. Akan tetapi jika anda ingin bermalam di samping berakit, anda boleh berbuat demikian di My Gopeng Resort. Bagi mereka di luar Perak, beberapa syarikat seperti Oxbold atau Riverbug mungkin menawarkan aktiviti ini dan mereka akan menjemput anda dari bilik hotel di Kuala Lumpur dan menghantar anda pulang selepas tamat aktiviti.
Jika anda menginap di My Gopeng Resort, anda bukan sahaja boleh memilih untuk berakit akan tetapi juga meneroka gua tempurung, merentas hutan pada waktu malam serta menjejak bunga rafflesia. Pendek kata resort ini sesuai untuk aktiviti teambuilding untuk pekerja syarikat dan pelajar.

Harga Berakit

Harga bermula dari RM180 seorang untuk aktiviti berakit selama kira-kira 2 jam.


   

Kawasan Teluk Nipah nie popular dengan aktiviti laut. Banyak pengusaha-pengusaha snorkeling, banana boat dan island hopping yang menawarkan harga menarik untuk pengunjung. Kami masa tu pergi Island Hopping & Snorkeling jer.


Island Hopping, boat akan bawa pengunjung ke batu berbentuk Ikan Paus dan Buaya. Lepas tu dibawa pergi snorkeling di sebuah pulau. Ramai betul pengunjung kat situ, sampai ikan pun lari.

Di Teluk Nipah, bab makan jangan risau, banyak kedai makan di kawasan ini. Jalan kaki jer dan hasil laut di sini fresh. Sesuai untuk dibakar atau masak ikut kesukaan masing-masing. Waktu malam di kawasan nie tak sunyi sebab ramai pengunjung lepak-lepak di tepi laut dan banyak gerai-gerai makanan dibuka hingga lewat malam.

     

Pagi di Pulau Pangkor sangant menarik apabila banyak Burung Engang keluar mencari makan. Kami pon sempat beri burung makan sedangkan kami sendiri pon belum makan. Burung liar nie sangat jinak.

    

Aktiviti pagi kami di sini ialah mandi laut. Awal-awal pagi lagi dah ramai orang mandi. Ye la, tengah hari panas-panas sapa nak mandi.

Kami bertolak balik lebih kurang jam 11.00 pagi sebab taknak sesak kat jeti nanti. Walaupun percutian yang singkat, namun cukup berbaloi.
  

Bukit Larut

Sedikit info berkaitan Bukit Larut atau dikenali juga sebagai Maxwell Hill.

Buat kali ke-3 juga kami gagal untuk naik ke Bukit Larut. Ini kerana kami tiba lewat petang dan tiket pula sudah sold-out. Untuk makluman, kereta persendirian tidak dibenarkan masuk ke Bukit Larut. Jika larat, anda boleh saja berjalan kaki atau jogging seperti yang lazimnya dilakukan oleh penduduk tempatan hampir setiap petang. Kami nak jogging atau jalan kaki? Belum tiba masanya lagi hehehehe.

Inilah barisan Land Rover yang digunakan untuk memunggah pelawat ke Bukit Larut. Kesemua kenderaan ini milik pihak berkuasa Bukit Larut.

Land Rover ini agak baru berbanding yang lain. Pasti ramai yang berebut untuk naik yang ini. Bilangan Land Rover yang dimiliki oleh pihak berkuasa Bukit Larut juga agak terhad. Jadi peluang untuk naik agak terhad terutamanya hujung minggu dan cuti umum.

Tiket Land Rover untuk naik ke Bukit Larut anda boleh beli di bangunan kuning sebelah kiri.

Setiap kali ke Bukit Larut, pasti terserempak dengan pasangan pengantin yang ingin mengabadikan saat-saat indah dalam hidup mereka pada lensa kamera. Selamat mencelop Pengantin Baru!!!

Ternampak iklan ini semasa di Bukit Larut. Menarik juga, melihat dolphin dan beri burung helang makan!!!

Taman Tasik Taiping

Tiap kali ke Taiping, kami pasti akan singgah di Taman Tasik Taiping. Pemandangan di sini cukup redup dan mendamaikan. Asalnya tasik ini adalah bekas lombong tinggal dan mula dibuka pada tahun 1880 sebagai taman awam yang pertama di Tanah Melayu pada ketika itu.

Tarikan utama di Taman Tasik Taiping adalah pepohon angsana. Mungkin ada yang telah berusia ratusan tahun. Menariknya, dedahan pokok angsana kebanyakkan menjalar ke arah tasik. Lokasi ini juga menjadi tumpuan para pengantin baru untuk bergambaran.

Tempat Menarik di Negeri Perak

 Tempat Menarik Di Perak | TEGUH PRASETYO

Tempat Menarik Di Perak Darul Ridzuan

Dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan, adalah merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia.
Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa Perak telah didiami sejak zaman prasejarah. Legenda menceritakan tentang sebuah kerajaan Hindu-Melayu yang disebut Gangga Negara di barat laut Perak.
Sejarah Kesultanan Perak bermula pada tahun 1528 dengan kemahkotaan Sultan Mudzaffar Shah I, keturunan Sultan Mahmud Shah dari Kesultanan Melayu Melaka (era Melaka). Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melayu Melaka.

Tempat Menarik Di Perak Yang Patut Anda Tahu

Terdapat pelbagai tempat menarik di Perak yang anda perlu tahu kerana Perak adalah negeri kedua terbesar yang merangkumi 8 daerah di dalamnya. Dengan jumlah penduduknya seramai 2.5juta, Perak merupakan destinasi pilihan para pelancong luar dan dalam negara.

Sekarang saya akan senaraikan tempat menarik di Perak yang saya cadangkan untuk anda kunjungi jika anda bercadang untuk mengunjungi negeri Perak di masa akan datang.

Art Of OldTown (Ipoh Street Art)

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Ipoh, selaku ibu negeri ia masih mengekalkan cara tradisional iaitu dari segi reka bentuk dan struktur bandar nya. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Ipoh.  Ipoh juga terkenal dengan pelbagai tempat makan menarik.
Terbaru, Ipoh mulai terkenal dengan tarikan terbaru nya iaitu Street Art atau Seni Lukis Jalanan yang terdapat pada dinding bangunan sekitar Ipoh. Pelbagai lukis dinding jalanan atau mural anda dapat lihat di dinding bangunan di Ipoh. Antara nya seperti di bawah ini:
Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Alamat:
1. A Paper Plane (4.598776 N, 101.077827 E)
2. An Old Uncle Drinking Coffee (4.59843 N, 101.078542 E)
3. A Yellow Hummingbird (4.596715 N, 101.078483 E)
4. A ‘Kopi’ Break (4.596771 N, 101.078612 E)
5. A Bag Of Coffee (4.595918 N, 101.078195 E)
6. Girl On A Wall In Bandar Timah (4.59691 N, 101.078152 E)
7. Old Town Relives Nostalgia With Trishaw (4.59531 N, 101.078511 E)
8. Tin Mining Town With Chinese-Style Painting (4.5964 N, 101.079252 E)

Menara Condong Teluk Intan

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Antara tempat menarik di Perak yang anda harus pergi ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara Jam Condong di Teluk Intan ini telah menjadi mercu tanda Teluk Intan dan Perak. Leong Choon Cheong atau Ah Cheong ialah arkitek yang betanggungjawab membina menara ini, beliau mendapat ilham membina dengan reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara China. Mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali, Menara ini boleh dikatakan sama popular dengan Menara Condong Pisa di Itali itu.  Sekarang di 2016, menara yang berusia 131 tahun ini masih tersergam kukuh bagai tidak dimakan dek usia. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.
Menara ini sebenarnya dibina untuk menjadi tempat takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Pada tahun 1895, Teluk Intan telah dilanda musibah banjir besar sehingga menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat.
Alamat:
Jalan Pasar, Pekan Teluk Intan, 36000, Teluk Intan, Perak, Malaysia

Bukit Larut (Maxwell Hill)

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Dikenali sebagai Maxwell Hill suatu ketika dahulu, ianya diasaskan pada tahun 1884 oleh William Edward Maxwell , British Penolong Residen Perak. Bertempat di ketinggian 1250 meter di atas paras laut, ia adalah paling tempat basah di Malaysia , dengan catatan hujan tahunan lebih 500 cm. Suhu di sini adalah sekitar 15 darjah selsius pada awal pagi dan lewat petang, mencecah kepada 10 darjah selsius pada waktu malam.
Bukit Larut telah menjadi salah satu pusat peranginan di tanah tinggi yang popular di Malaysia. Aktiviti utama yang boleh dilakukan di Bukit Larut adalah mendaki. Ramai orang tempatan dan pelancong datang ke Bukit Larut ini untuk mendaki. Dengan jalan sejauh 10KM naik dan 10KM turun, pengunjung boleh mendaki berjalan atau menaiki kenderaan yang disediakan. Hanya 100 tiket yang dijual pada setiap hari dan hujung minggu dan mengikut jadual naik kenderaan sahaja. Harga tiket untuk dewasa ialah RM6 seorang dan RM3 kanak-kanak.
Terdapat pelbagai resort atau banglo yang anda boleh disewa jika anda berniat untuk menginap di sana. Anda dan keluarga boleh lah menginap dan merasai suasana yang aman serta sejuk dan dingin di atas sana sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
Alamat:
Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang,
34000 Taiping, Perak
Harga:
Untuk info harga Resort dan penginapan boleh lihat di laman web ini Bukit Larut Office
Website: Bukit Larut Office
Telefon: 05-807 7241/ 7243

Gua Tempurung

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Tersenarai antara tempat menarik di Perak saya, Gua Tempurung ini pertama kali dikenal pasti pada tahun 1887 di Peta Perak Melayu Semenanjung, yang menunjukkan gunung dieja sebagai “Gunong Tempoo Rong“. Jabatan Mineral dan Geosains anggaran usia pembentukan batu dalam bidang Gua Tempurung menjadi antara 250 dan 400 juta tahun.
Gua Tempurung adalah gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia dengan panjang keseluruhan gua yang sedang 4.5km, manakala bahagian yang boleh diakses kepada orang ramai kira-kira 1.9km. Gua ini mengandungi sungai bawah tanah 1.6km panjang. Laluan pejalan kaki telah dibina dalam beberapa bahagian gua menjadikannya mudah bagi pengunjung untuk bersiar-siar sambil menikmati pemandangan air terjun bawah tanah yang indah dan stalaktit loket tergantung dari stalagmit bumbung.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Gua Tempurung ini. Aktiviti paling diminati adalah lawatan ataupun “Tour“. Terbahagi kepada 4 jenis tour iaitu “Golden Flowstone”, “Top of The World”, “Top of The World & River Adventure” dan “Grand Tour”. Anda boleh lah lihat sendiri dengan lebih maklumat di laman web mereka disini www.guatempurung.my.
Boleh lah anda dan keluarga atau sahabat anda yang ingin kan pengembaraan pengembaraan di dalam gua datang ke sini. Saya amat sarankan. Aktiviti yang disediakan amat menyeronokkan. Jangan lupa bawa baju lebih kalau nak ke sini.
Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Alamat:
Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Website: www.guatempurung.my
Telefon:
Ayu – 017 527 1926
Pn Sharifah – 012 529 2426
Shahril – 012 554 9830

Kellie’s castle

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH

Kellie’s Castle dikenali juga sebagai Rumah Kellas, dibina pada sekitar tahun 1910 oleh William Kellie Smith yang merupakan seorang peladang getah terkemuka British di Tanah Melayu pada ketika itu. Pada tahun 1915, bagi meraikan kelahiran anak lelaki mereka Anthony, William Kellie Smith telah memutuskan untuk memperluaskan lagi kediamannya. Beliau telah membuat perancangan untuk membina sebuah istana besar yang akan menjadi sebahagian daripada Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Istana yang diimpikan ini tidak dapat disiapkan setelah William Kellie Smith meninggal dunia pada usia 56 tahun di Pelabuhan Lisbon, Portugal akibat radang paru-paru pada 11 Disember 1926. Setelah kematian William, Agnes telah meninggalkan Tanah Melayu dan menjual segala harta milik mereka, termasuk istana tersebut, lalu mengarahkan pembinaannya tidak diteruskan dan dibiarkan begitu sahaja, maka pembinaan Kellie’s Castle diberhentikan pada tahun 1926.
Bagi anda yang ingin berkunjung dan melihat sendiri betapa cantik nya binaan Istana ini boleh lah bawa keluarga dan sahabat ke sini. Mengikut pengalaman, saya boleh nasihatkan anda supaya bawa payung jika datang ke sini. Maklumlah cuaca agak panas kan.
Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Alamat:
Kellie’s Castle, 31000 Batu Gajah, Perak, Malaysia
Harga Tiket:
Dewasa : RM5.00 (MyKad) & RM10.00 (Non-MyKad)
Kanak-kanak (4 – 12 Tahun): RM3.00 (MyKad) & RM8.00 (Non-MyKad)
Warga Emas (60 tahun dan ke atas): RM4.00
Kumpulan (min 20pax): RM4.00 (MyKad) & RM9.00 (Non-MyKad)
Telefon:
05-365 3381

Sam Poh Tong temple (Cave Temple)

 Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Sam Poh Tong Temple ialah sebuah “Chinese Buddhist Temple” terbina di dalam sebuah gua batu kapur di dalam gunung yang terletak lebih kurang 5km dari bandar Ipoh.. Ia nya adalah sebuah tokong tertua dan paling terkenal di Perak. Bagi penganut Buddha, tokong ini adalah salah satu antara tempat menarik di Perak yang anda perlu pergi.
Dikatakan Tokong ini dibina oleh seorang sami dari China pada tahun 1890an yang telah datang ke Ipoh. Dia ternampak gua ini dan ingin dijadikan rumah dan  tempat meditasi. Sehingga hari ini, masih ramai sami Buddha berada di sana untuk bermeditasi.
Di dalam Tokong Gua Sam Poh Tong ini terdapat sebuah patung Buddha emas yang sedang duduk yang amat besar. Dengan ketinggiannya 40 meter, Ia adalah tarikan utama di dalam Tokong ini. Terletak di sebelah nya ialah 4 patung penjaga yang dikatakan dewa-dewi untuk nya
Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Reka bentuk tokong ini yang begitu cantik tersergam menjadikan ia nya tarikan pelancong. Dekorasi taman nya adalah menggunakan batu tanglung Jepun dan Pagoda untuk menambahkan kecantikan dan keindahan taman nya. Dinding gua dihiasi dengan mural berwarna-warni yang menggambarkan watak-watak dan peristiwa-peristiwa dari Mitologi Cina dan kitab-kitab Buddha. Ramai pelancong luar dan dalam negara sama ada penganut Buddha atau tidak telah datang untuk melihat sendiri tokong ini. Tokong ini juga menawarkan pelancong peluang untuk melepaskan kura-kura ke dalam kolam kura-kura sebagai satu upacara untuk “mengimbangi karma” seseorang
Alamat:
Sam Poh Tong, Gunung Rapat,
31350 Ipoh, Perak, Malaysia
Telefon:
05 – 2552 772

Zoo Taiping & Night Safari

 Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Zoo Taiping adalah tempat menarik di Perak yang sesuai untuk dijadikan tempat percutian keluarga anda. Anak-anak kecil mesti amat gembira jika anda bawa ke zoo ini. Mereka bakal melihat dan belajar mengenai kehidupan haiwan-haiwan. Pelbagai aktiviti juga disediakan oleh pihak zoo seperti persembahan haiwan dan masa beri makan kepada haiwan.
Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping adalah satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Berkeluasan 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan terletaknya di kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Perkhidmatan Keretapi Mini Zoo juga disediakan percuma.
Night Safari Taiping merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Keindahan dan keaslian alam semulajadi semakin indah apabila dibayangi cahaya di waktu malam. Dalam usaha untuk mengekalkan sumber-sumber alam semulajadi. Night Safari Taiping mempamerkan hidupan-hidupan liar yang aktif pada waktu malam dalam suasana semulajadi. Ini memberi peluang kepada pelawat untuk menghayati dan menghargai khazanah alam semulajadi sambil berhibur serta menenangkan fikiran. Perkhidmatan Keretapi Mini Night Safari juga disediakan percuma.
 Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Alamat:
Jalan Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Harga Tiket (Zoo Taiping):
Dewasa: RM16.00
Kanak-Kanak: RM8.00
Harga Tiket (Night Safari):
Dewasa: RM20.00
Kanak-Kanak: RM10.00
Waktu Operasi:
Zoo Taiping:
08:30am – 06:00pm (Setiap Hari)
Night Safari:
08:00pm – 11:00pm (Isnin – Jumaat)
08:00pm – 12:00pm (Sabtu -Ahad)
Website: Zoo Taiping & Night Safari
Telefon: 05 – 8086 577

Lost world tambun

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Antara tempat menarik di Perak terletak di Tambun, tempat yang berdekatan dengan bandar Ipoh, Sunway Lost World Of Tambun adalah sebuah taman tema yang diterajui oleh Sunway Company. Dibuka pada November 2004, dengan anggaran perbelanjaan RM60 juta ianya adalah taman tema semulajadi yang terbesar di Malaysia
Di Lost World of Tambun ini bukan sahaja terkenal dengan taman tema air di Lost World Water Park dan Porcupine Trail. Ada juga banyak tempat lain untuk kita jelajahi antaranya:
  • Lost World Amusement Park – Anda boleh mencuba menaiki permainannya seperti roller coaster dan sebagainya.
  • Lost World Swan Lake kita – Anda boleh bagi ikan makan, berkayak dan bermain bot kayuh berbentuk swan. Harga sewa bot Rm5.00/orang
  • Lost World Tin Valley kita dapat melihat keadaan Tambun pada masa dahulu terkenal dengan pelombongan tin.
  • Lost World Petting Zoo dan Lost World Animal Care Centre  – Ini adalah mini zoo, anda boleh lihat semua haiwan dari 55 spesis di sini. Ambil tahu juga masa show mereka:Raccoon Feeding Show : 12.00 pm
    Tortoise Feeding Show  : 2.00 pm
    Wild Feeding Show       : 3.30 pm
  • Lost World Tiger Valley –  Saksikan pelbagai jenis kucing dan harimau yang jinak menghiburkan hati. Jangan terlepas aksi menarik penjaga memberi makan kepada harimau.Tiger Feeding Show: 3.00pm & 4.00pm
  • Lost World Adventure Park – Bagi anda yang meinati aktiviti lasak, ini adalah untuk anda.
  • Hotspring & Spa By Night – Nikmati malam anda bersama keluarga dan sahabat anda di kolam air panas ini
Disini juga menyediakan hotel. Pelbagai jenis bilik disediakan mengikut anda punya kesesuaian. Anda boleh menempah bilik di laman web Lost World of Tambun seperti yang tertera di bawah
Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Alamat:
No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak
Waktu Operasi:
Lost World of Tambun:
11.00 am – 06.00 pm (Isnin – Jumaat )
10.00 am – 06.00 pm (Sabtu – Ahad )
Lost World Hot Spring and Spa:
06:00pm – 11:00pm (Setiap Hari)
Crystal Spa:
03.00 pm – 11.00 pm (Setiap Hari) (Kecuali Selasa 06.00 pm – 11.00 pm)
Harga Tiket (Lost World of Tambun):
Dewasa: RM56.00
Kanak-Kanak: RM49.00
Kanak-kanak di bawah 90cm Percuma
Harga Tiket (Lost World Hot Spring and Spa):
Dewasa: RM24:00
Website: Lost World Of Tambun
Telefon: 05 542 8888 / 05- 540 8888 (Hotel)

Di bawah ini adalah video menarik yang saya dapat dari Youtube tentang Art Of Oldtown Ipoh. Ia adalah video mengenai perjalanan pembuatan Street Art oleh artis Ernest Zacharevic dari Lithuania. Dia telah membuat 8 jenis mural di Ipoh. Beliau juga yang buat di Penang Street Art dan juga Singapura. Saksikan video menarik ini.

Sekian saya senarai saya mengenai tempat menarik di Perak yang pernah saya pergi. Semoga memberi maklumat yang lengkap untuk anda yang merancang untuk pergi melancong ke Perak. Terdapat pelbagai lagi tempat menarik di Perak yang saya tidak senaraikan di sini. Anda boleh lah tinggalkan komen di bawah dan mungkin saya akan tambah dalam senarai saya.
Tempat Makan Sedap di Ipoh
 
Kalau anda ke Ipoh apakah yang ingin anda cari? Limau Bali? Kacang tanah Mengelembu? Gua Batu kapur? Cafe Hipster?

Kalau perut sudah berkeroncong, makanlah yang paling menjadi keutamaan, kan? Tapi yang mana satu yang sedapnya? 

Kali ini saya ingin mengajak anda ke tempat-tempat makan kegemaran saya dan keluarga saya di Ipoh, Perak. Juga, sebagaimana entri-entri tentang tempat makan sedap-sedap yang lepas, saya tidak dibayar atau disogok untuk mengiklankan tempat-tempat makan ini. Ini hanyalah tempat makan kegemaran keluarga saya.


1. Mee Rebus Ramli

Mee Rebus Ramli cukup popular. Kalau anda ke Ipoh pasti anda tak mahu ketinggalan memakan makanan  ini. Ia adalah resepi istimewa yang telah lama bertapak di Ipoh. "Betul-betul Ipoh Mali!"
Terdapat 3 restoren Mee Rebus Ramli. Iaitu di Taman Tasek Jaya, Jalan Raja Ekram dan Taman Bercham Raya.

Yang sering saya kunjungi ialah di Taman Tasek Jaya, Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Senang saja untuk mengunjunginya kerana ia jelas kelihatan di tepi jalan raya utama. Ia juga tidak berjauhan dengan Masjid Cina, Ipoh.

Sangat sedap meenya...tak sedar licin dah pinggan......

Mee Rebus Ramli yang pekat kuahnya. Ia sarat dengan cucur gebu dan telur rebus ...nyumm....

Restoren Mee Rebus Ramli ini letaknya di Tasek (Jalan Kuala Kangsar) Ipoh.
2. Tom Yam Sri Okid

Tidak berjauhan dengan restoren Mee Rebus Ramli di Jalan Kuala Kangsar terdapat sebuah gerai tom yam yang menjual makanan Thai yang sedap-sedap. Antaranya: Ikan Siakap 3 Rasa, Tomyam Seafood,Tomyam Poktek, Siakap Stim Limau, Bawal Pedas, Ikan Masak Masam Manis, Ikan Masak Kicap, Ikan Masak Merah, Ikan Masak Halia, Nasi Paprik, Sotong Goreng Tepung dan macam-macam lagi jenis makanan Thai yang sedap-sedap.

Tom Yam Sri Okid ini terletak di simpang jalan di antara Jalan Kuala Kangsar dan Jalan Kelebang Selatan. Kalau anda datang dari Plaza Tol Jelapang iaitu terletak selepas Pizza Hut dan Peladang dan sebelum sampai ke AEON Mall Klebang. Di seberang jalannya (sebelah kanan jalan) terdapat Eastern Decorator.

Kedai ini beroperasi pada pukul 7.00 malam sehingga 3.00 pagi. Orang sentiasa ramai di kedai ini terutama selepas maghrib.


Macam-macam pilihan yang segar di sini

Udang celup tepung menjadi kegemaran kami. Manakala sambal belacan dan ulam timun diberikan percuma

Siakap Stim menjadi kemestian kami setiap kali makan di sini. Rasanya yang pedas-pedas, masam-masam manis ini membuatkan ia licin dalam sekelip mata.

Tomyam putih
Macam-macam jenis mee ada di sini

3.Mee Kicap Daud Mat Jasak

Mee Kicap juga popular di Ipoh. Mee Kicap yang istimewa yang menjadi kegemaran saya dan suami ialah Mee Daud Mat Jasak, yang letaknya di Jalan Datuk Onn Jaafar.

Mee Kicapnya istimewa kerana ia direbus dengan kuah yang dicampur dengan bebola ikan. Kita boleh pilih bebola ikan kegemaran kita. Ia dihidangkan secara berasingan, dan terpulang kepada kita untuk makan dengan cara tersendiri.

Mee Kicap Daud Mat Jasak memang asli rasanya. Tak dapat rasa yang macam ini di tempat lain. "Betul-betul Ipoh Mali!"

Selain daripada Mee Kicap, terdapat Mee Goreng, Sotong Kangkong, Nasi Lemak dan macam-macam lagi.

Pada kunjungan saya baru-baru ini iaitu pada hari Jumaat, pelanggan boleh mendapatkan bubur gandum secara percuma. Ceduk saja bubur itu dengan sendiri dan makanlah sebanyak mana yang anda suka! Sedapnya!!!!

Waktu perniagaan: Isnin-Sabtu 8.00 pagi- 10.00 malam.



Warong Mee Daud Mat Jasak ini di tepi jalan aje...tapi apabila kita duduk makan...hmm tak mahu bangkit-bangkit

Mee dan sayur-sayur di dalam pinggan berasingan. Bebola ikan dan fish cake pilihan kita di dalam mangkuk yang lain.


Suami saya satukan mee, sayur-sayuran dan bebola ikan itu ke dalam satu mangkuk

Ini mee kicap pilihan saya

Ceduk sendiri bubur gandum yang diberi percuma ini.

4.Makanan India Utara di Pakeeza Restaurant

Kalau anda suka makan makanan India Utara, Pakeeza Restaurant adalah tempat yang sesuai untuk anda menjamu selera, terutama bersama keluarga. 

Ketika kami makan malam sekeluarga di sini, kami tempah sehingga 5 meja kerana keluarga kami besar. Saya sangat menggemari Puri di sini. Purinya sedap dan lembut. Saya suka memakannya dengan kuah kari. Harganya tidaklah mahal, cuma RM1.20 sekeping.

Bagi mereka yang suka maka Roti Nan terdapat pelbagai jenis roti nan di sini seperti  Garlic Nan, Onion Nan dan Cheese Nan yang harganya RM4.50. Roti lain yang boleh dimakan ialah Capati (RM 2.00) dan Roti Tandoori (RM2.50)

Nasi Briyani kosong yang berharga RM4.90 sepinggan bolehlah dimakan dengan Daging Masala dan Pakeeza Beef yang masing-masing berharga RM 7.50 sepiring. Kalau suka, tambahlah Pajeri Terong yang hanya RM5.50 sepiring.
Kesemua makanan di sini HALAL!

Untuk membasahkan tekak, lassi mangga amat sesuai, harganya RM5.50. Minuman lain seperti jus carrot, nenas dan honey dew berharga RM 4.50 juga boleh didapati di sini.

Restoren ini letaknya di Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Jawa, Ipoh, Perak. 

Sebahagian dari keluarga saya menjamu selera di Pakeeza Restaurant. Di hadapan sekali ialah Puri yang sedap itu! Kami tempah sampai 5 meja di sini sebab keluarga kami besar.
9. Nasi Ganja Greentown, Ipoh

Nasi Ganja yang terkenal di Ipoh, letaknya di sebuah restoren yang bercampur dengan Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee.

Nasi Ganja ini sebenarnya adalah nasi kandar dengan gulai kari ayam, udang, daging dan macam-macam jenis gulai kari. Ia dinamakan Nasi Ganja kerana sesiapa yang memakannya biasanya akan datang lagi kerana ketagihan memakannya, disebabkan sedapnya nasi itu.

Saya pernah makan tengahari di sini, tetapi orang punyalah ramai...sehingga kena beratur panjang. Meja pula sudah penuh dan terpaksa menunggu sekejap.



Nalaa........
5.Kacang Putih


Ini bukanlah restoren atau tempat makan-makan, tetapi ia adalah kudap-kudapan yang kita beli untuk dibawa pulang.
Kalau anda hendak mengadakan majlis makan, kenduri kawin atau berhari raya dan tak ada idea bagaimana hendak menghidang tetamu anda, datanglah ke Kampung Kacang Puteh, Buntong, Ipoh. Di Kampong Kacang Puteh ini ada banyak kedai-kedai yang menjual kacang putih dan muruku dengan banyak dan harganya murah.

Boronglah kacang putih, muruku dan goreng-gorengan pilihan anda di mana-mana kedai kacang putih di Kampong Kacang Putih ini. Nak yang putih? Hijau? Kuning? Merah? Pedas? Tawar? Manis? Masin? Semuanya ada di sini.

Kalau anda borong banyak-banyak di kedai D.N.S, anda pasti diberi beberapa bungkus kacang putih PERCUMA! Tak ke best tu! "Betul-betul Ipoh Mali!"




Macam-macam pilihan kacang putih dan muruku boleh didapati di sini dengan harga yang murah


Begitulah  tempat makan sedap di Ipoh.  Kalau ada tempat makan sedap yang belum saya cuba dan senaraikan, beritahulah saya ya... :)