Aktiviti-aktiviti menarik di Perak
Sungai Kampar
Untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak, Sungai Kampar di Perak ini mungkin sudah tidak asing lagi.
Dengan air yang deras dan jeram yang banyak, sungai ini menjadi tumpuan mereka yang suka berakit sejak tahun 2003.Jika anda pun sukakan aktiviti sebegitu, anda boleh berakit di jeram (white water rafting) — melalui sungai Kampar yang airnya kadangkala tenang dan ada kalanya cukup mencabar hingga anda mungkin tercampak keluar dari rakit.
Di dalam aktiviti sejauh 7km ini (atau 9 km bergantung kepada dalamnya air), anda akan mengendalikan rakit getah menelusuri 14 jeram. Anda juga akan melalui kawasan yang pernah menjadi tempat melombong bijih, bekas empangan dan kawasan yang menjadi tempat tumpuan rama-rama Raja Brooke.
Prosedur
Taklimat akan diadakan sebelum aktiviti dibuat. Anda akan diajar teknik-teknik penting, jenis arahan dan maklumat keselamatan yang perlu dipatuhi semasa aktiviti.Cara Menyertai
Terdapat banyak syarikat aksi lasak yang menawarkan pakej berakit di jeram Sungai Kampar. Akan tetapi jika anda ingin bermalam di samping berakit, anda boleh berbuat demikian di My Gopeng Resort. Bagi mereka di luar Perak, beberapa syarikat seperti Oxbold atau Riverbug mungkin menawarkan aktiviti ini dan mereka akan menjemput anda dari bilik hotel di Kuala Lumpur dan menghantar anda pulang selepas tamat aktiviti.Jika anda menginap di My Gopeng Resort, anda bukan sahaja boleh memilih untuk berakit akan tetapi juga meneroka gua tempurung, merentas hutan pada waktu malam serta menjejak bunga rafflesia. Pendek kata resort ini sesuai untuk aktiviti teambuilding untuk pekerja syarikat dan pelajar.
Harga Berakit
Harga bermula dari RM180 seorang untuk aktiviti berakit selama kira-kira 2 jam.Kawasan Teluk Nipah nie popular dengan aktiviti laut. Banyak pengusaha-pengusaha snorkeling, banana boat dan island hopping yang menawarkan harga menarik untuk pengunjung. Kami masa tu pergi Island Hopping & Snorkeling jer.
Island Hopping, boat akan bawa pengunjung ke batu berbentuk Ikan Paus dan Buaya. Lepas tu dibawa pergi snorkeling di sebuah pulau. Ramai betul pengunjung kat situ, sampai ikan pun lari.
Di Teluk Nipah, bab makan jangan risau, banyak kedai makan di kawasan ini. Jalan kaki jer dan hasil laut di sini fresh. Sesuai untuk dibakar atau masak ikut kesukaan masing-masing. Waktu malam di kawasan nie tak sunyi sebab ramai pengunjung lepak-lepak di tepi laut dan banyak gerai-gerai makanan dibuka hingga lewat malam.
Pagi di Pulau Pangkor sangant menarik apabila banyak Burung Engang keluar mencari makan. Kami pon sempat beri burung makan sedangkan kami sendiri pon belum makan. Burung liar nie sangat jinak.
Aktiviti pagi kami di sini ialah mandi laut. Awal-awal pagi lagi dah ramai orang mandi. Ye la, tengah hari panas-panas sapa nak mandi.
Kami bertolak balik lebih kurang jam 11.00 pagi sebab taknak sesak kat jeti nanti. Walaupun percutian yang singkat, namun cukup berbaloi.
Bukit Larut
Sedikit info berkaitan Bukit Larut atau dikenali juga sebagai Maxwell Hill.
Buat
kali ke-3 juga kami gagal untuk naik ke Bukit Larut. Ini kerana kami
tiba lewat petang dan tiket pula sudah sold-out. Untuk makluman, kereta
persendirian tidak dibenarkan masuk ke Bukit Larut. Jika larat, anda
boleh saja berjalan kaki atau jogging seperti yang lazimnya dilakukan
oleh penduduk tempatan hampir setiap petang. Kami nak jogging atau jalan
kaki? Belum tiba masanya lagi hehehehe.
Inilah
barisan Land Rover yang digunakan untuk memunggah pelawat ke Bukit
Larut. Kesemua kenderaan ini milik pihak berkuasa Bukit Larut.
Land
Rover ini agak baru berbanding yang lain. Pasti ramai yang berebut
untuk naik yang ini. Bilangan Land Rover yang dimiliki oleh pihak
berkuasa Bukit Larut juga agak terhad. Jadi peluang untuk naik agak
terhad terutamanya hujung minggu dan cuti umum.
Tiket Land Rover untuk naik ke Bukit Larut anda boleh beli di bangunan kuning sebelah kiri.
Setiap
kali ke Bukit Larut, pasti terserempak dengan pasangan pengantin yang
ingin mengabadikan saat-saat indah dalam hidup mereka pada lensa kamera.
Selamat mencelop Pengantin Baru!!!
Ternampak iklan ini semasa di Bukit Larut. Menarik juga, melihat dolphin dan beri burung helang makan!!!
Taman Tasik Taiping
Tiap
kali ke Taiping, kami pasti akan singgah di Taman Tasik Taiping.
Pemandangan di sini cukup redup dan mendamaikan. Asalnya tasik ini
adalah bekas lombong tinggal dan mula dibuka pada tahun 1880 sebagai
taman awam yang pertama di Tanah Melayu pada ketika itu.
Tarikan
utama di Taman Tasik Taiping adalah pepohon angsana. Mungkin ada yang
telah berusia ratusan tahun. Menariknya, dedahan pokok angsana
kebanyakkan menjalar ke arah tasik. Lokasi ini juga menjadi tumpuan para
pengantin baru untuk bergambaran.
No comments:
Post a Comment