Tempat Menarik Di Perak Darul Ridzuan
Dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan, adalah merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia.
Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa
Perak telah didiami sejak zaman prasejarah. Legenda menceritakan tentang
sebuah kerajaan Hindu-Melayu yang disebut
Gangga Negara di barat laut Perak.
Sejarah Kesultanan Perak bermula pada tahun 1528 dengan kemahkotaan
Sultan Mudzaffar Shah I,
keturunan Sultan Mahmud Shah dari Kesultanan Melayu Melaka (era
Melaka). Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara
langsung daripada Kesultanan Melayu Melaka.
Tempat Menarik Di Perak Yang Patut Anda Tahu
Terdapat pelbagai tempat menarik di
Perak yang anda perlu tahu kerana Perak adalah negeri kedua terbesar
yang merangkumi 8 daerah di dalamnya. Dengan jumlah penduduknya seramai
2.5juta, Perak merupakan destinasi pilihan para pelancong luar dan dalam
negara.
Sekarang saya akan senaraikan tempat
menarik di Perak yang saya cadangkan untuk anda kunjungi jika anda
bercadang untuk mengunjungi negeri Perak di masa akan datang.
Art Of OldTown (Ipoh Street Art)
Ipoh, selaku ibu negeri ia masih
mengekalkan cara tradisional iaitu dari segi reka bentuk dan struktur
bandar nya. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Ipoh.
Ipoh juga terkenal dengan pelbagai tempat makan menarik.
Terbaru, Ipoh mulai terkenal dengan
tarikan terbaru nya iaitu Street Art atau Seni Lukis Jalanan yang
terdapat pada dinding bangunan sekitar Ipoh. Pelbagai lukis dinding
jalanan atau mural anda dapat lihat di dinding bangunan di Ipoh. Antara
nya seperti di bawah ini:
Alamat:
1. A Paper Plane (4.598776 N, 101.077827 E)
2. An Old Uncle Drinking Coffee (4.59843 N, 101.078542 E)
3. A Yellow Hummingbird (4.596715 N, 101.078483 E)
4. A ‘Kopi’ Break (4.596771 N, 101.078612 E)
5. A Bag Of Coffee (4.595918 N, 101.078195 E)
6. Girl On A Wall In Bandar Timah (4.59691 N, 101.078152 E)
7. Old Town Relives Nostalgia With Trishaw (4.59531 N, 101.078511 E)
8. Tin Mining Town With Chinese-Style Painting (4.5964 N, 101.079252 E)
Menara Condong Teluk Intan
Antara tempat menarik di Perak yang anda harus pergi ialah Menara Condong Teluk Intan.
Menara Jam Condong di Teluk Intan ini telah menjadi mercu tanda Teluk
Intan dan Perak. Leong Choon Cheong atau Ah Cheong ialah arkitek yang
betanggungjawab membina menara ini, beliau mendapat ilham membina dengan
reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara
China. Mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Menara
Pisa di Itali, Menara ini boleh dikatakan sama popular dengan Menara
Condong Pisa di Itali itu. Sekarang di 2016, menara yang berusia 131
tahun ini masih tersergam kukuh bagai tidak dimakan dek usia. Menara ini
dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada
110 anak tangga.
Menara ini sebenarnya dibina untuk
menjadi tempat takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong.
Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini
tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang
mengunjungi bandar Teluk Intan. Pada tahun 1895, Teluk Intan telah
dilanda musibah banjir besar sehingga menara ini tenggelam. Banjir yang
berlaku dengan bebanan air yang berat dipercayai punca menara ini mula
condong ke arah Barat.
Alamat:
Jalan Pasar, Pekan Teluk Intan, 36000, Teluk Intan, Perak, Malaysia
Bukit Larut (Maxwell Hill)
Dikenali sebagai Maxwell Hill suatu
ketika dahulu, ianya diasaskan pada tahun 1884 oleh William Edward
Maxwell , British Penolong Residen Perak. Bertempat di ketinggian 1250
meter di atas paras laut, ia adalah paling tempat basah di Malaysia ,
dengan catatan hujan tahunan lebih 500 cm. Suhu di sini adalah sekitar
15 darjah selsius pada awal pagi dan lewat petang, mencecah kepada 10
darjah selsius pada waktu malam.
Bukit Larut telah menjadi salah satu
pusat peranginan di tanah tinggi yang popular di Malaysia. Aktiviti
utama yang boleh dilakukan di Bukit Larut adalah mendaki. Ramai orang
tempatan dan pelancong datang ke Bukit Larut ini untuk mendaki. Dengan
jalan sejauh 10KM naik dan 10KM turun, pengunjung boleh mendaki berjalan
atau menaiki kenderaan yang disediakan. Hanya 100 tiket yang dijual
pada setiap hari dan hujung minggu dan mengikut jadual naik kenderaan
sahaja. Harga tiket untuk dewasa ialah RM6 seorang dan RM3 kanak-kanak.
Terdapat pelbagai resort atau banglo
yang anda boleh disewa jika anda berniat untuk menginap di sana. Anda
dan keluarga boleh lah menginap dan merasai suasana yang aman serta
sejuk dan dingin di atas sana sambil menikmati keindahan alam
semulajadi.
Alamat:
Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang,
34000 Taiping, Perak
Harga:
Untuk info harga Resort dan penginapan boleh lihat di laman web ini
Bukit Larut Office
Website: Bukit Larut Office
Telefon: 05-807 7241/ 7243
Gua Tempurung
Tersenarai antara tempat menarik di Perak saya, Gua Tempurung ini pertama kali dikenal pasti pada tahun 1887 di Peta Perak Melayu Semenanjung, yang menunjukkan gunung dieja sebagai “Gunong Tempoo Rong“. Jabatan Mineral dan Geosains anggaran usia pembentukan batu dalam bidang Gua Tempurung menjadi antara 250 dan 400 juta tahun.
Gua Tempurung adalah gua batu kapur
terbesar di Semenanjung Malaysia dengan panjang keseluruhan gua yang
sedang 4.5km, manakala bahagian yang boleh diakses kepada orang ramai
kira-kira 1.9km. Gua ini mengandungi sungai bawah tanah 1.6km panjang.
Laluan pejalan kaki telah dibina dalam beberapa bahagian gua
menjadikannya mudah bagi pengunjung untuk bersiar-siar sambil menikmati
pemandangan air terjun bawah tanah yang indah dan stalaktit loket
tergantung dari stalagmit bumbung.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Gua Tempurung ini. Aktiviti paling diminati adalah lawatan ataupun “
Tour“. Terbahagi kepada 4 jenis tour iaitu “
Golden Flowstone”, “Top of The World”, “Top of The World & River Adventure” dan “
Grand Tour”. Anda boleh lah lihat sendiri dengan lebih maklumat di laman web mereka disini
www.guatempurung.my.
Boleh lah anda dan keluarga atau sahabat
anda yang ingin kan pengembaraan pengembaraan di dalam gua datang ke
sini. Saya amat sarankan. Aktiviti yang disediakan amat menyeronokkan.
Jangan lupa bawa baju lebih kalau nak ke sini.
Alamat:
Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Website: www.guatempurung.my
Telefon:
Ayu – 017 527 1926
Pn Sharifah – 012 529 2426
Shahril – 012 554 9830
Kellie’s castle
Kellie’s Castle dikenali juga sebagai Rumah Kellas, dibina pada sekitar tahun 1910 oleh
William Kellie Smith yang
merupakan seorang peladang getah terkemuka British di Tanah Melayu pada
ketika itu. Pada tahun 1915, bagi meraikan kelahiran anak lelaki
mereka Anthony, William Kellie Smith telah memutuskan untuk
memperluaskan lagi kediamannya. Beliau telah membuat perancangan untuk
membina sebuah istana besar yang akan menjadi sebahagian daripada Rumah
Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Istana yang diimpikan ini tidak dapat
disiapkan setelah William Kellie Smith meninggal dunia pada usia 56
tahun di Pelabuhan Lisbon, Portugal akibat radang paru-paru pada 11
Disember 1926. Setelah kematian William, Agnes telah meninggalkan Tanah
Melayu dan menjual segala harta milik mereka, termasuk istana tersebut,
lalu mengarahkan pembinaannya tidak diteruskan dan dibiarkan begitu
sahaja, maka pembinaan Kellie’s Castle diberhentikan pada tahun 1926.
Bagi anda yang ingin berkunjung dan
melihat sendiri betapa cantik nya binaan Istana ini boleh lah bawa
keluarga dan sahabat ke sini. Mengikut pengalaman, saya boleh nasihatkan
anda supaya bawa payung jika datang ke sini. Maklumlah cuaca agak panas
kan.
Alamat:
Kellie’s Castle, 31000 Batu Gajah, Perak, Malaysia
Harga Tiket:
Dewasa : RM5.00 (MyKad) & RM10.00 (Non-MyKad)
Kanak-kanak (4 – 12 Tahun): RM3.00 (MyKad) & RM8.00 (Non-MyKad)
Warga Emas (60 tahun dan ke atas): RM4.00
Kumpulan (min 20pax): RM4.00 (MyKad) & RM9.00 (Non-MyKad)
Telefon:
05-365 3381
Sam Poh Tong temple (Cave Temple)
Sam Poh Tong Temple ialah sebuah “
Chinese Buddhist Temple” terbina
di dalam sebuah gua batu kapur di dalam gunung yang terletak lebih
kurang 5km dari bandar Ipoh.. Ia nya adalah sebuah tokong tertua dan
paling terkenal di Perak. Bagi penganut Buddha, tokong ini adalah salah
satu antara tempat menarik di Perak yang anda perlu pergi.
Dikatakan Tokong ini dibina oleh seorang
sami dari China pada tahun 1890an yang telah datang ke Ipoh. Dia
ternampak gua ini dan ingin dijadikan rumah dan tempat meditasi.
Sehingga hari ini, masih ramai sami Buddha berada di sana untuk
bermeditasi.
Di dalam Tokong Gua Sam Poh Tong ini
terdapat sebuah patung Buddha emas yang sedang duduk yang amat besar.
Dengan ketinggiannya 40 meter, Ia adalah tarikan utama di dalam Tokong
ini. Terletak di sebelah nya ialah 4 patung penjaga yang dikatakan
dewa-dewi untuk nya
Reka bentuk tokong ini yang begitu
cantik tersergam menjadikan ia nya tarikan pelancong. Dekorasi taman nya
adalah menggunakan batu tanglung Jepun dan Pagoda untuk menambahkan
kecantikan dan keindahan taman nya. Dinding gua dihiasi dengan mural
berwarna-warni yang menggambarkan watak-watak dan peristiwa-peristiwa
dari Mitologi Cina dan kitab-kitab Buddha. Ramai pelancong luar dan
dalam negara sama ada penganut Buddha atau tidak telah datang untuk
melihat sendiri tokong ini. Tokong ini juga menawarkan pelancong peluang
untuk melepaskan kura-kura ke dalam kolam kura-kura sebagai satu
upacara untuk “mengimbangi karma” seseorang
Alamat:
Sam Poh Tong, Gunung Rapat,
31350 Ipoh, Perak, Malaysia
Telefon:
05 – 2552 772
Zoo Taiping & Night Safari
Zoo Taiping adalah
tempat menarik di Perak yang sesuai untuk dijadikan tempat percutian
keluarga anda. Anak-anak kecil mesti amat gembira jika anda bawa ke zoo
ini. Mereka bakal melihat dan belajar mengenai kehidupan haiwan-haiwan.
Pelbagai aktiviti juga disediakan oleh pihak zoo seperti persembahan
haiwan dan masa beri makan kepada haiwan.
Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai
Zoo Taiping adalah
satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia.
Berkeluasan 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan
dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka.
Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Zoo
Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan terletaknya di
kawasan semulajadi di
Taman Tasik Taiping berhampiran kaki
Bukit Larut
(Maxwell Hill). Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang
yang terdiri daripada 180 spesis. Perkhidmatan Keretapi Mini Zoo juga
disediakan percuma.
Night Safari Taiping
merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Keindahan dan keaslian
alam semulajadi semakin indah apabila dibayangi cahaya di waktu malam.
Dalam usaha untuk mengekalkan sumber-sumber alam semulajadi. Night
Safari Taiping mempamerkan hidupan-hidupan liar yang aktif pada waktu
malam dalam suasana semulajadi. Ini memberi peluang kepada pelawat untuk
menghayati dan menghargai khazanah alam semulajadi sambil berhibur
serta menenangkan fikiran. Perkhidmatan Keretapi Mini Night Safari juga
disediakan percuma.
Alamat:
Jalan Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Harga Tiket (Zoo Taiping):
Dewasa: RM16.00
Kanak-Kanak: RM8.00
Harga Tiket (Night Safari):
Dewasa: RM20.00
Kanak-Kanak: RM10.00
Waktu Operasi:
Zoo Taiping:
08:30am – 06:00pm (Setiap Hari)
Night Safari:
08:00pm – 11:00pm (Isnin – Jumaat)
08:00pm – 12:00pm (Sabtu -Ahad)
Website: Zoo Taiping & Night Safari
Telefon: 05 – 8086 577
Lost world tambun
Antara tempat menarik di Perak terletak
di Tambun, tempat yang berdekatan dengan bandar Ipoh, Sunway Lost World
Of Tambun adalah sebuah taman tema yang diterajui oleh Sunway Company.
Dibuka pada November 2004, dengan anggaran perbelanjaan RM60 juta ianya
adalah taman tema semulajadi yang terbesar di Malaysia
Di Lost World of Tambun ini bukan sahaja
terkenal dengan taman tema air di Lost World Water Park dan Porcupine
Trail. Ada juga banyak tempat lain untuk kita jelajahi antaranya:
- Lost World Amusement Park – Anda boleh mencuba menaiki permainannya seperti roller coaster dan sebagainya.
- Lost World Swan Lake kita – Anda boleh bagi ikan makan, berkayak dan bermain bot kayuh berbentuk swan. Harga sewa bot Rm5.00/orang
- Lost World Tin Valley kita dapat melihat keadaan Tambun pada masa dahulu terkenal dengan pelombongan tin.
- Lost World Petting Zoo dan Lost World Animal Care Centre
– Ini adalah mini zoo, anda boleh lihat semua haiwan dari 55 spesis di
sini. Ambil tahu juga masa show mereka:Raccoon Feeding Show : 12.00 pm
Tortoise Feeding Show : 2.00 pm
Wild Feeding Show : 3.30 pm
- Lost World Tiger Valley
– Saksikan pelbagai jenis kucing dan harimau yang jinak menghiburkan
hati. Jangan terlepas aksi menarik penjaga memberi makan kepada
harimau.Tiger Feeding Show: 3.00pm & 4.00pm
- Lost World Adventure Park – Bagi anda yang meinati aktiviti lasak, ini adalah untuk anda.
- Hotspring & Spa By Night – Nikmati malam anda bersama keluarga dan sahabat anda di kolam air panas ini
Disini juga menyediakan hotel. Pelbagai
jenis bilik disediakan mengikut anda punya kesesuaian. Anda boleh
menempah bilik di laman web Lost World of Tambun seperti yang tertera di
bawah
Alamat:
No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak
Waktu Operasi:
Lost World of Tambun:
11.00 am – 06.00 pm (Isnin – Jumaat )
10.00 am – 06.00 pm (Sabtu – Ahad )
Lost World Hot Spring and Spa:
06:00pm – 11:00pm (Setiap Hari)
Crystal Spa:
03.00 pm – 11.00 pm (Setiap Hari) (Kecuali Selasa 06.00 pm – 11.00 pm)
Harga Tiket (Lost World of Tambun):
Dewasa: RM56.00
Kanak-Kanak: RM49.00
Kanak-kanak di bawah 90cm
Percuma
Harga Tiket (Lost World Hot Spring and Spa):
Dewasa: RM24:00
Website: Lost World Of Tambun
Telefon: 05 542 8888 / 05- 540 8888 (Hotel)
Di bawah ini adalah video menarik yang
saya dapat dari Youtube tentang Art Of Oldtown Ipoh. Ia adalah video
mengenai perjalanan pembuatan Street Art oleh artis Ernest Zacharevic
dari Lithuania. Dia telah membuat 8 jenis mural di Ipoh. Beliau juga
yang buat di Penang Street Art dan juga Singapura. Saksikan video
menarik ini.
Sekian saya senarai saya mengenai tempat
menarik di Perak yang pernah saya pergi. Semoga memberi maklumat yang
lengkap untuk anda yang merancang untuk pergi melancong ke Perak.
Terdapat pelbagai lagi tempat menarik di Perak yang saya tidak
senaraikan di sini. Anda boleh lah tinggalkan komen di bawah dan mungkin
saya akan tambah dalam senarai saya.